Pokok Renek Di Malaysia

Pengenalan

Pokok renek juga boleh disebut sejenis tanaman berukuran rendah dan banyak batang  yang tumbuh dari permukaan, berketinggian kurang dari lima meter. Pokok renek ini terbahagi kepada kategori – kategorinya tersendiri. Pokok renek adalah amat sesuai ditanam untuk menghasilkan sesuatu kawasan kelihatan indah dan mempersona.


Kategori Renek

Pokok renek boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :-

1. Renek Berbunga (Flowering)
2. Renek berdaun (Foliage)

3. Renek memanjat (Climbers)

Renek Berbunga (Flowering)

a          Renek yang dikategorikan dalam renek berbunga ini mempunyai ciri – ciri berikut :-
·           Mempunyai bunga yang berwarna menarik
·           Ada juga yang berbau harum
·           Boleh ditanam secara tunggal dan berkelompok
·            
b.         Contoh pokok :
·         Jasminum sambac – melur
·         Cananga sp. – pokok kenanga
·         Celosia cristata – pokok balung ayam
·         Canna generalis – bunga tasbih
·         Hibiscus rosa sinensis – bunga raya
·         Bougainvillea elezeberth angus – bunga kertas





Renek Berdaun (Foliage)

a          Renek yang dikategorikan dalam renek berdaun ini mempunyai ciri – ciri   berikut :-
·           Tidak mempunyai bunga.
·           Mempunyai daun yang cantik dan menarik.
·           Pembiakan dengan menggunakan keratan, baji, tut dan daun.

b.            Contoh pokok :
·         Codeaeum sp. – pokok puding
·         Acalypha wikesiana – pokok ekor kucing
·         Draceana surculosa – pokok buluh jepun
·         Diffenbachhia amoena – pokok dumb cane
·         Osmoxylon lineare – pokok yellow aralia
·         Cordyline spp. – jejuang
·         Alocasia macrorhizos – Keladi gajah







Renek Memanjat (Climbers)

a          Renek yang dikategorikan dalam renek memanjat ini mempunyai ciri – ciri berikut :-
·           Mempunyai alat khas untuk memanjat seperti sulur paut(tendril) dan pencakuk.
·           Tendril digunakan untuk memanjat atau membelit sokongan.
·           Mengeluarkan pelekat untuk melekat pada sokongan.
·           Ada pokok memanjat menggunakan akar dan batang untuk memanjat pada sokongan.
·           Memerlukan tiang, dinding dan para atau struktur lain untuk memanjat ke atas.
·           Ada yang berbunga dan ada yang berdaun menarik.
·           Ada juga yang berbunga berbau harum.

b.            Contoh pokok memanjat
·           Quisqualis indica – rangoon creepers
·           Thumbergia grandifolia - Thumbergia
·           Scindepsus aureus – money plant
·           Piper betel – Sirih
·           Vallaris glabra – kerak nasi/kesidang







No comments:

Post a Comment