Fungsi Tanaman

i. Perlindungan daripada iklim mikro

a. Perlindungan dan teduhan
– silara pokok memberi perlindungan dan teduhan kepada pengguna daripada hujan dan panas.
b. Merendahkan suhu di kawasan bandar
– penanaman pokok mengurangkan iklim mikro sesebuah bandar. 



ii. Perlindungan alam sekitar

a. Mengawal kesan bunyi bising dan asap
– penanaman pokok secara padat akan bertindak sebagai zon penampan daripada bunyi bising dan asap yang dihasilkan oleh kenderaan dan kawasan industri.
b. Pencemaran habuk
– penanaman pokok akan berfungsi sebagai penyerap dan mengawal habuk daripada tersebar.
c. Pencemaran udara
– penanaman pokok secara padat akan dapat mengurangkan pencemaran udara secara meluas. 



iii. Penanda dan penunjuk arah

a. Bertindak sebagai pemisah sempadan.
b. Penunjuk persimpangan.
c. Penunjuk di kawasan selekoh.
d. Penunjuk arah tuju



iv. Penghadang

a. Mengurangkan silau cahaya matahari
– membantu pengguna jalan raya daripada menerima cahaya terus silauan matahari.
b. Mengawal silauan kenderaan dari arah berlawanan
– penanaman di pembahagi jalan akan mengurangkan silauan kenderaan yang bergerak dari kedua-dua hala.



v. Ekologi dan kepelbagaian biologi

Pemeliharaan landskap semulajadi yang baik akan mengekalkan sistem ekologi dan kepelbagaian biologi yang stabil dan dapat menyediakan habitat kepada kehidupan liar kecil.



vi. Estetika

Ciri-ciri menarik pada tanaman memberikan kesan estetika kepada pemandangan secara keseluruhan, terutamanya di kawasan bandar.

No comments:

Post a Comment